...Selamat Datang...

Sunday, December 14, 2008

JAWATAN KOSONG DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

JAWATAN KOSONG:
-IMAM

KELAYAKAN:

i. Warganegara Malaysia

ii. Umur sekurang-kurangnya 18 tahun

iii. Diploma Tahfiz Wa al-Qiraat dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dengan kelayakan dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab serta boleh membaca bahasa Arab tanpa baris.

iv. Keutamaan kepada pemegang Ijazah sarjana muda/kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.

HAL-HAL LAIN:

i. Jawatan secara kontrak

ii. Terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan akan ditentukan

iii. Disediakan tempat kediaman

iv. Gaji boleh dirundingkan mengikut kelayakan dan pengalaman


CARA MEMOHON:

Secara bertulis dengan menyertakan butir-butiran peribadi, pengalaman, gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan dan sijil kelulusan.

ALAMAT PERMOHONAN: Hendaklah sampai kepada,

Pengerusi,
Jawatankuasa Tadbir Masjid Jamek Bandar Baru Uda,
Jalan Padi Ria,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor.


TARIKH TUTUP: Sebelum atau pada 31hb. Disember 2008

Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga ( 3 ) bulan daripada tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi pejabat di talian 07-2388166

0 comments:

Post a Comment

Your Ad Here
 
Copyright © 2008 Sponsored by: Tip Adsense